Selasa, 2 Februari 2010

*PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SELAMAT*

Selama 3 hari berturut-turut, murid-murid Tahap 2 telah diberikan pendedahan tentang Program Bersepadu Sekolah Selamat.   Aktiviti ini telah dijalankan di Dewan Suluh Budiman, SK Mohd Khir Johari bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.   Tujuan program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 memahami dan menghayati tatacara dan elemen budaya selamat di sekolah.




Jadual Program Bersepadu Sekolah Selamat:
Tahun 4 ~ Rabu, 13 Januari 2010
Tahun 5 ~ Khamis, 14 Januari 2010
Tahun 6 ~ Jumaat, 15 Januari 2010


Tajuk  yang dibincangkan bersama murid-murid ialah:
1.  Keselamatan di jalan raya
2.  Keselamatan di tandas
3.  Keselamatan sewaktu aktiviti Kokurikulum
4.  Keselamatan dalam aspek sosial seperti buli, ugut dan gejala sumbang mahram.


Semoga taklimat yang diberikan dapat membantu murid-murid agar sentiasa menjaga keselamatan diri.