Pada hari Rabu, 24 Februari 2010 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Antidadah Peringkat Sekolah. Program ini telah dijayakan oleh guru-guru dan murid-murid SK Mohd Khir Johari.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kemudian perutusan Ketua Pengarah KPM dibaca oleh GPK Kurikulum. Seterusnya ialah nyanyian beramai-ramai lagu "Kami Benci Dadah". Pengisian program antidadah kali ini ialah taklimat tentang bahaya dadah dan LDK yang diadakan untuk murid-murid.
Semoga program yang dilaksanakan ini dapat menjayakan hasrat kerajaan dalam memastikan negara Malaysia Bebas Dadah pada tahun 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan