Pada 9 hingga 11 Februari 2010, Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah menghantar 3 orang perserta ke Pertandingan Tenpin Boling Peringkat Daerah Johor Bahru di Ampang Superbowl, Leisure Mall, Johor Bahru.
3 orang murid yang menyertai pertandingan ini ialah :
1. Nuzul Mubarak dari Tahun 6 Arif tempat ke-6 (saguhati)
2. Mohd Izzani dari Tahun 6 Arif dan tempat ke-4 (saguhati)
3. Mohd Haziq dari Tahun 5 Iltizam tempat ke-11
2 orang guru pengiring yang menguruskan pertandingan ini ialah Pn. Asiah bt. Munajam dan En. Mohd Iruan. En. Razali yang merupakan bapa kepada Mohd Izzani juga selaku AJK PIBG sekolah telah bermurah hati untuk menaja pakaian peserta dan guru pengiring.
Keputusan pertandingan :
Seorang peserta sekolah kita iaitu Mohd Izzani dari Tahun 6 Arif telah berjaya mendapat tempat ke-4 dan akan mewakili daerah Johor Bahru dalam pertandingan boling Peringkat Negeri Johor. Pertandingan tersebut akan diadakan di Pusat Boling Daiman Johor Jaya pada 23 dan 24 Februari 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan