Rabu, 13 Januari 2010

*KUNJUNGAN KE RUMAH MURID*

Pada jam 11.00 pagi hari Isnin, 11 Januari 2010 pihak sekolah telah mengadakan kunjungan ke rumah murid yang terlibat dalam kebakaran.   Guru-guru dari Badan Kebajikan Sekolah Mohd Khir Johari yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu        En. Md. Shukri b. Sultani bertemu dengan ahli keluarga mangsa musibah kebakaran itu.



Pihak sekolah telah dimaklumkan tentang kejadian kebakaran yang berlaku pada pagi Ahad sekitar jam 4 pagi itu.   Melihat kejadian yang berlaku timbul rasa simpati yang mendalam.   Mujurlah jiran dan sahabat handai sedia membantu mangsa dengan memberi tempat tumpangan sementara.   Difahamkan ada pihak NGO yang telah sudi untuk mendapatkan bantuan bagi membina semula rumah-rumah yang telah terbakar.







Sebelum beredar pulang, En. Shukri mewakili guru-guru SK Mohd Khir Johari mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menghulurkan sumbangan kepada tuan rumah.  Bantuan buku teks juga akan diberikan kepada dua orang murid yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan