Sabtu, 23 Januari 2010

*BERKABUNG SELAMA 7 HARI*

Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat di Hospital Pakar Puteri pada jam 7.15 malam hari Jumaat, 22 Januari 2010.   Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada satu sidang akhbar.   Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada jam 2.00 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja akan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar.   Esok (Sabtu), 23 Januari 2010 diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.


Peraturan berkabung di negeri Johor ialah:
1. Bendera dinaikkan separuh tiang selama seminggu dari 6 pagi hingga 6 petang.
2. Segala hiburan dan permainan dibatalkan siang dan malam selama seminggu.
3. Semua masjid dan surau di Johor hendaklah mengadakan majlis tahlil dan doa selama seminggu.
4. Kerabat diraja Johor wajib berkabung selama 40 hari dari tarikh baginda dimakamkan.
5. Rakyat biasa pula hendaklah berkabung selama seminggu dengan mematuhi etika pakaian berkabung.

Pakaian berkabung:
1. Lelaki Melayu : Memakai songkok berlilit kain putih selebar 5.08 sentimeter (dua inci).
2. Perempuan Melayu : Memakai tudung berwarna putih.
3. Lelaki dan perempuan bukan Melayu : Memakai kain selilit berwarna hitam selebar tiga inci
    pada lengan sebelah kiri.