Sabtu, 4 Jun 2011
*TIKUS DAN KUCING*
Pernahkah anda menonton kartun Tom and Jerry. Watak kucing dan tikus yang saling bermusuhan. Tikus sering dikejar oleh kucing.Semua orang tahu, tikus menjadi makanan kegemaran kucing. Hakikatnya...tikus mempunyai zat taurin yang istimewa.
Tikus kaya dengan zat taurin. Kucing pula tidak mempunyai banyak taurin di dalam tubuhnya dan tidak dapat menghasilkan taurin dengan sendiri. Oleh itu, kucing sering mengejar tikus untuk dijadikan makanan yang boleh membekalkan banyak taurin. Apakah keistimewaan taurin kepada kucing? Sebenarnya, kucing memerlukan taurin untuk melihat di dalam gelap.
Cuba lihat kucing kesayangan anda? Apakah makanan yang anda beri kepada kucing kesayangan anda? Selain daripada tikus, ikan juga mengandungi banyak sumber taurin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan