Isnin, 28 Februari 2011

*PERTANDINGAN BAHASA MELAYU*


Pada hari Sabtu, 19 Februari 2011, Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Pertandingan Bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa Melayu.   Tiga acara yang diadakan pada hari tersebut iaitu...

1. Pertandingan Bercerita
2. Pertandingan Mendeklamasi Sajak
3. Pertandingan Pidato

Pertandingan Bercerita.
   Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4.   Setiap kelas diminta menghantar dua orang wakil.   Lebih dua puluh orang murid mengambil bahagian dan menyampaikan cerita mereka dengan gaya tersendiri.


   Para pengadil pertandingan pada hari tersebut ialah :
1.   Puan Asiah bt. Siran
2.   Puan Halimah bt. Hussin
3.   Puan Saralah a/p Selvarajah


   Murid-murid yang menyampaikan cerita dinilai dari segi isi, kepetahan dan gaya penyampaian.  Juruacara pada hari tersebut ialah En. Abd Fatah b. Yahaya.   Guru penyelaras pertandingan bercerita ialah En. Mohd Iruan b. Ibrahim.


Pertandingan Mendeklamasi Sajak.
   Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 5.   Setiap kelas diminta menghantar dua orang wakil.   Tema sajak bebas dan murid-murid digalakkan mendeklamasi sajak ciptaan sendiri.  Penyelaras bagi pertandingan mendeklamasi sajak ialah En. Zakaria b. Hashim.   Beliau juga menjadi juruacara bagi pertandingan tersebut.

 Para pengadil pertandingan sajak ialah :
1.   Cik Nani bt. Jami
2.   Ustazah Norhayati bt. Abdul Kadir
3.   Cik Fauziah bt. Hassan



Setiap peserta sajak diberi masa selama 5 hingga 10 minit untuk menyampaikan sajak mereka.   Beberapa buah sajak yang disampaikan menarik perhatian juri pada hari itu terutama sajak berjudul "Ayam A1".   Walau bagaimanapun, markah keselurhan dinilai dari segi isi, gaya dan penyampaian.


Pertandingan Pidato.
   Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 6.   Seperti pertandingan bercerita dan sajak, setiap kelas diminta menghantar dua orang wakil.   Tajuk pidato bebas tetapi tidak boleh menyentuh isi-isu sensitif, perkauman dan agama.   Penyelaras bagi pertandingan pidato ialah En. Nasir b. Mohd Noor. 

 Para pengadil pertandingan pidato ialah :
1.  Puan Hanita bt. Jaafar
2.  Puan Habibah bt. Mohamad
3.  Puan Suhailee bt. Abd Rahim


Peserta pidato pada kali ini menunjukkan bakat masing-masing dan berpotensi untuk mewakili sekolah.  Markah para peserta dinilai dari segi isi, gaya dan kelancaran.   Markah akan dipotong jika peserta terus menerus membaca teks pidato.

Murid-murid yang hadir di dewan pada hari tersebut dapat menyaksikan pertandingan yang dijalankan dan diaplikasikan dalam pembelajaran mereka di dalam kelas.   Keputusan pertandingan pada hari tersebut akan dimaklumkan dalam majlis penutup Bulan Bahasa Melayu 2011.

1 ulasan:

  1. Puan Saralah A/P Selvarajah, dahulunya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Senaling kah di Kuala Pilah...?

    BalasPadam