Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian. Pertandingan yang dijalankan selama dua hari ini cukup mendebarkan kerana kebanyakan sekolah menunjukkan prestasi permainan yang cukup baik. Guru-guru pembimbing dari SKMKJ telah memilih para pemain yang terbaik untuk menghadapi pertandingan yang penting ini walaupun tempoh latihan agak singkat.
Antara barisan guru yang terlibat ialah Cikgu Zakaria, Cikgu Azizil, Cikgu Rahmat, Cikgu Naimi dan Cikgu Abdul Rahman. Sementara itu, orang kuat pasukan sekolah iaitu Puan Rafidah bt. Mohd Yussup, selaku GPK Kokurikulum telah turun padang dengan memberi semangat yang tidak putus-putus.
Berkat kesungguhan dan doa daripada semua pihak, akhirnya Pasukan Bola Sepak SK Mohd Khir Johari berjaya melakar sejarah dengan mengungguli perlawanan tersebut dengan menjadi juara keseluruhan. Sesuatu yang sungguh indah untuk dikenang. Berikut ialah keputusan keseluruhan perlawanan:
SKMKJ FC VS SK TEBRAU BKR BATU (1-1)
SKMKJ FC VS SK SERI KENANGA (0-0)
SKMKJ FC VS SK LARKIN1 (3-0)
SKMKJ FC VS SK TNJG PUTERI (1-0)....JUARA KUMP B
SKMKJ FC VS SK KEMPAS (2-0)...SUKU
SKMKJ FC VS SK BKT MUTIARA (2-0)...SEMI
SKMKJ FC VS SK TAMPOI 2 (penalti 7-6)....FINAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan