LAMAN UTAMA

Jumaat, 3 Jun 2011

*WABAK ESCHERICHIA COLI (E-Coli) 2011*


Penduduk dunia hari ini sering diancam pelbagai virus dan bakteria baru yang mengakibatkan kematian.  Selepas reda wabak kematian yang disebabkan oleh H1N1, kini muncul pula wabak baru yang disebabkan oleh bakteria E.coli pengeluar toksin Shiga.
Saintis dari China yang bekerjasama dengan saintis Jerman mendapati bakteria E-coli O104: H4 merupakan bakteria jenis baharu yang cepat berjangkit dan amat beracun serta kebal terhadap beberapa jenis antibiotik.   Setakat ini bakteria tersebut telah menyerang sepuluh buah negara Eropah ( Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sweden, Switzerland dan Britain ) dan telah membunuh 17 orang.   Sementara itu, 1500 telah dimasukkan ke hospital dan jumlah yang jatuh sakit semakin bertambah sejak wabak ini mula dikesan di Jerman pada bulan Mei yang lalu.


Sebelum ini, pihak berkuasa Jerman mendakwa wabak itu berpunca daripada timun organik yang ditanam di Sepanyol tetapi maklumat terkini yang diperoleh mendapati sayur-sayuran yang ditanam di Jerman telah tercemar menjadi punca utama penyakit tersebut.

Pakar-pakar kesihatan kini menasihatkan orang ramai yang pergi ke Jerman supaya mengelakkan diri daripada makan buah tomato mentah, timun dan salad.   Beberapa buah negara telah mula mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari negara-negara Kestuan Eropah (EU) berikutan wabak bakteria E.coli.

Bakteria E.coli ini boleh menjangkiti darah dan ginjal manusia yang mengakibatkan muntah-muntah, sakit perut, cirit-birit berdarah.  Akhirnya badan menjadi lemah, kekeringan, anemia dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan