LAMAN UTAMA
▼
Isnin, 27 Jun 2011
*PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2011*
Pertandingan keceriaan kelas telah dimulakan sejak awal tahun 2011 lagi. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari kelas paling ceria dan bersih. Di samping itu, pertandingan ini juga memupuk sikap bekerjasama antara murid-murid di dalam kelas. Keputusan pertandingan keceriaan kelas untuk bulan Jun adalah seperti berikut:
Johan keseluruhan pertandingan Kelas Paling Ceria dimenangi oleh:
Tahun 5 Cerdas
Johan pertandingan Keceriaan Kelas mengikut aliran dimenangi oleh:
Tahun 4 - Kelas 4 Dinamik
Guru kelas : Pn. Hajijah bt. Ali
Tahun 5 - Kelas 5 Cerdas
Guru kelas: En. Ahmad Kamaruddin b. Kasman
Tahun 6 - Kelas 6 Dinamik
Pn. Norhayati bt. Abd Kadir
Tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya. Pn. Rafidah bt. Yusup, GPK Kokurikulum menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
sedihnyer....5A x menang
BalasPadam