Beberapa buah bilik darjah di SK Mohd Khir Johari telah dijadikan penempatan mangsa banjir baru-baru ini. Mereka yang ditempatkan di SK Mohd Khir Johari ialah dari kawasan...
Kampung Seri Purnama.
Seramai 41 orang mangsa banjir mula ditempatkan di sekolah ini bermula dari hari Ahad, 30 Januari 2011. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mangsa banjir dengan menghulurkan keperluan makanan dan pakaian. Pusat Kesihatan Kecil juga menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa banjir pada setiap hari.
Ahli Majlis Bandar raya Johor Bahru, En. Azman b. Dawam turut hadir beramah mesra dengan mangsa banjir. Beberapa orang guru dari SK Mohd Khir Johari pula ditugaskan untuk membantu pihak JKM mengurus mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan