LAMAN UTAMA

Jumaat, 14 Januari 2011

*HARI TANPA BEG PLASTIK*

Bermula hari Sabtu, 1 Januari 2011, semua pasar raya di seluruh negara telah diarahkan melaksanakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik".  Kempen yang dikendalikan oleh...

Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini telah mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.

Namun begitu, mereka yang tidak menyedari akan pelaksanaan kempen ini berasa agak pelik dan kekok kerana sudah terbiasa menggunakan beg plastik sewaktu membeli barangan.

Jika terdapat pengguna yang masih mahu menggunakan beg plastik,  caj 20 sen akan dikenakan bagi setiap beg plastik. (Jangan bazirkan duit...sokonglah kempen ini)

Pada masa akan datang, kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" ini akan dilaksanakan pada setiap hari dan tidak hanya pada hari Sabtu sahaja.  OK?


Ini bermaksud tiada lagi penggunaan beg plastik dalam kegiatan membeli-belah di pasar raya.  Sebagai contoh, pasar raya besar Carrefour telah menyatakan rancangannya bahawa tiada lagi beg plastik akan digunakan di pasar raya Carrefour pada tahun 2012.

Justeru, kempen ini dapat mengurangkan kesan negatif penggunaan bahan plastik kepada manusia, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan