Selain doa Qunut, bacaan doa sewaktu duduk antara dua sujud dalam sembahyang mempunyai makna yang cukup baik. Doa yang dibaca dalam sembahyang setiap hari lima waktu menjadikan seorang insan...
berasa tenang dan bahagia.
Namun, jika sekadar membaca doa tanpa mengetahui makna tentu kita akan kerugian. Duduk antara dua sujud merupakan salah satu rukun fi'li (perbuatan) yang pendek. Menurut jumhur ulama duduk antara dua sujud adalah wajib dan tidak sah sembahyang jika ditinggalkan dengan sengaja.
Perbuatan duduk antara dua sujud ini adalah satu waktu yang sangat singkat iaitu sekadar thuma'ninah (berhenti sekejap) sebelum berpindah kepada sujud yang kedua. Rukun ini melambangkan bahawa hidup seorang mukmin itu sentiasa berdisiplin, tenang dan tidak gopoh di dalam menghadapi sebarang ujian cabaran hidup di dunia yang berbagai-bagai corak rupa yang boleh melalaikan seorang hamba itu daripada Tuhannya.
Doa duduk antara dua sujud:
Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan.
Cukup hebat maknanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan