LAMAN UTAMA

Jumaat, 28 Januari 2011

*CINTAI BAHASA MELAYU - SIRI 2*


Apa khabar kawan-kawan?  Semoga semuanya sihat dan menunaikan ibadah solat dengan tekun dan sempurna.

Pada kali ini, mari kita belajar tentang pepatah Melayu.   Pepatah Melayu  tinggi kiasannya. tetapi ada juga orang yang mengubah suai pepatah menjadi bahan lawak.   Terpulang kepada kawan-kawan untuk bergelak ketawa tetapi mesti tahu pepatah yang sebenarnya.



Berikut ialah 15 pepatah yang dilawakkan.   Dapatkah kawan-kawan mengenal pasti pepatah yang sebenar?

1.   Alang-alang mandi biar guna sabun dan syampu.
      alang-alang mandi biar basah.

2.   Sebab pulut santan binasa, sebab mulut nasi pun habis.
      sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

3.   Biar putih tulang jangan  kuning gigi.
      biar putih tulang, jangan putih mata.

4.   Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
      harapkan pagar, pagar makan padi.

5.   Kalau ada jarum yang patah, jangan simpan di dalam peti, buang aje beli yang baru.
      kalau ada jarum yang patah, jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan simpan di dalam hati.

6.   Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
       tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

7.   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
      hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.  Lebih baik negeri sendiri.

8.   Biar lambat asalkan perlahan.
       biar lambat asalkan selamat.

9.   Kalau tiada rotan, pelempang ajelah...
      kalau tiada rotan, akar berguna juga.

10. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
      carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. 

11. Air dicincang tak kan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.
      air dicincang tak akan putus.

12. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pakai tangan.
       kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.

13. Patah tumbuh hilang report polis.
      patah tumbuh, hilang berganti.

14. Berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
      berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

15. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk sukan olimpik jugak.
      sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan