LAMAN UTAMA

Isnin, 6 Disember 2010

*TAHUN BARU HIJRAH ke-1432*

Maal Hijrah
Awal Muharram
1 Muharram
Tahun Baru Hijrah
Tahun Baru Islam
Takwim Hijrah
Kalendar Islam
Perpindahan nabi Muhammad s.a.w ke kota Madinah
Doa akhir tahun Hijrah
Doa awal tahun Hijrah







Pada hari Selasa 7 Disember 2010 umat Islam di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Islam ke-1432 Hijrah.   Bulan pertama dalam kalendar Islam ialah Muharam.   Terdapat 12 bulan dalam Islam seperti yang telah rasmi penggunaannya sejak pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a.
Bulan 1   ~ Muharram
Bulan 2   ~ Safar
Bulan 3   ~ Rabiulawal
Bulan 4   ~ Rabiulakhir
Bulan 5   ~ Jumadilawal
Bulan 6   ~ Jumadilakhir
Bulan 7   ~ Rejab
Bulan 8   ~ Syaaban
Bulan 9   ~ Ramadhan
Bulan 10 ~ Syawal
Bulan 11 ~ Zulkaedah
Bulan 12 ~ Zulhijjah


Maka bermulalah satu lagi tahun baru dalam Islam.   Meningkatlah usia kita. Berazamlah kita untuk menjadi lebih baik dan lebih beriman kepada Allah.   Pada penghujung akhir bulan Zulhijjah sebelum melangkah ke bulan Muharram, eloklah kita berdoa.


Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar (sebelum waktu Maghrib) pada akhir bulan Zulhijjah.   Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.  Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".




Ketika matahari mula terbenam, maka bermulalah tarikh 1 Muharram.   Selepas menunaikan solat Maghrib, maka eloklah pula dibaca doa awal Tahun Hijrah.

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas masuk waktu maghrib pada malam awal Muharram.   Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharnya daripada fitnah syaitan".


Awal Muharram juga mengingatkan kita kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam Mekah ke kota Madinah.  Peristiwa yang cukup penting ini telah membawa perkembangan Agama Islam.   
Penghijrahan Nabi merupakan satu pengorbanan.  Baginda terpaksa meninggalkan bumi Mekah, tanah kelahirannya demi meneruskan syiar Islam.   Para pengikut Islam di Mekah telah diseksa dan dibunuh.   Nabi dan keluarganya dipulaukan dan dalam kesusahan itu wafat Khadijah, isteri yang baginda sayangi.   


Bukanlah baginda takut kepada ugutan daripada orang Quraish, namun atas perintah Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Jibril maka berangkatlah baginda ke kota Madinah.  Di Madinah, baginda disambut dengan penuh kasih sayang.   Di sinilah Islam berkembang dan menjadi kuat dan akhirnya baginda dapat menawan semula kota Mekah.  Pelbagai peristiwa yang berlaku ini memberi hikmah dan pengajaran kepada mereka yang mahu berfikir!
Di negara kita Malaysia, Maal Hijrah disambut meriah dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah perhimpunan khas sempena Maal Hijrah, persembahan nasyid, ceramah agama, perarakan dengan membawa sepanduk dan anugerah Tokoh Maal Hijrah.   Mudah-mudahan aktiviti ini akan dapat menjentik minda masyarakat kita khasnya generasi muda tentang hikmah hijrah dan makna yang tersirat di sebalik sambutan Maal Hijrah setiap tahun. Apakah azam anda pada tahun baru hijrah 1432 kali ini?

1 ulasan:

  1. Hi, nice blog & good post. truly like it, you must submit your site for free in this website which really helps to get more traffic. hope u have a nice day & Keep posting!

    BalasPadam