Son : reading book.
Father : Good! What book are you reading?
Son : facebook.
Father :
Namun hakikatnya, bukan semua ciptaan barat itu membawa kebaikan. Lihat sahaja penciptaan televisyen, telefon, kamera dan komputer sering sahaja membawa kemudaratan kepada masyarakat Islam. Melalaikan! Itulah istilah yang tepat. Jadi, janganlah kita dengan mudah menuduh orang lain ketinggalan zaman kalau kita tidak tahu makna di sebalik pendirian mereka.
Bilalah masyarakat Islam akan menjadi golongan pencipta seperti zaman keagungan Islam dahulu... Hebatnya masyarakat Islam dahulu, kalau mencipta teknologi mesti untuk mendekatkan diri dengan penciptanya sementara masyarakat Barat pula mencipta teknologi hanya untuk kegunaan dan kemudahan manusia.
Orang yang kenal jati diri kenal bangsanya. Pesan Tun Dr Mahathir b. Mohamad, bangsa kita maju mesti mengikut acuan sendiri! Marilah sama-sama kita renungkan adab-adab dalam menggunakan Facebook agar kita tidak hanyut dalam arus deras globalisasi.
1. Gunakan gambar diri yang bersesuaian. Bagi wanita, kekalkan menutup aurat. Aurat merupakan maruah diri. Hargai dan sayangilah diri.
2. Berpada-padalah ketika muat naik /"upload" gambar-gambar ke dalam facebook. Ini disebabkan gambar tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu.
3. Jangan menulis maklumat diri terlalu lengkap di dalam facebook. Data-data ini disimpan oleh pihak facebook. Rahsia anda milik anda.
4. Gunakan bahasa yang sopan terutama ketika menulis di dinding/"wall" facebook. Apa-apa yang anda tulis mencerminkan diri anda. Bahasa kotor bukan untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu sepatutnya tinggi budi bahasanya. Hilang bahasa, hilang bangsanya.
5. Berkongsi maklumat, gambar atau video yang berkaitan dengan kesedaran atau memberi manfaat kepada Islam amat dialu-alukan.
6. Hubungan silaturahim antara lelaki dan wanita perlu ada batasnya walaupun tanpa bersua muka kerana kata-kata boleh membawa seribu makna atau seribu bencana!
7. Usahlan menggunakan lelaman facebook untuk mengumpat, memfitnah atau mengutuk orang lain. Hentikan amalan murahan tersebut.
8. Elakkan bermegah-megah di dalam facebook. Perbuatan ini boleh mengundang musibah dalam persahabatan. Manusia mudah cemburu dengan kelebihan orang lain.
9. Bijak dalam menguruskan masa. Usah tinggalkan waktu belajar, waktu sembahyang, waktu bekerja atau waktu bersenam hanya kerana melayan hobi baru kita iaitu berfacebook!
10. Walaupun facebook dicipta atas landasan menghubungkan sesama manusia; orang tua, orang muda, kawan lama, kawan baru dan pelbagai tujuan lagi...anda perlu beradab menggunakannya. Anda berhemah, anda bahagia.
~ Peringatan ini juga adalah untuk diri penulis.
menarik fakta ini.
BalasPadam