Rumah Cikgu Abd Fatah terletak di Taman Sri Skudai. Beliau mengadakan rumah terbuka pada 3 Oktober yang lalu bermula jam 2.00 petang. Sewaktu kami sampai ke rumah beliau, kami terpegun dengan keunikan rumah yang baru dibelinya itu.
Sambil menikmati juadah yang disediakan, Cikgu Abd Fatah mesra melayan tetamu yang hadir ke rumahnya. Antara menu istimewa yang disediakan ialah Nasi Baryani dan laksam. Sehingga jam 6.00 petang, masih ramai rakan-rakan guru dari SK Mohd Khir Johari yang hadir ke rumah beliau. Bagi pihak sekolah, terima kasih daun keladi kami ucapkan, tahun depan jemputlah lagi.
Sementara itu, Cikgu Yassim pula mengadakan rumah terbuka dengan menjemput guru-guru ke rumah beliau di Kuarters Guru selepas solat Jumaat. Selain itu, guru-guru yang tinggal di kuarters ini juga mengadakan marhaban pada 1 Oktober yang lalu pula kira-kira jam 8.00 malam.
Antara guru-guru yang mengadakan marhaban pada malam tersebut ialah Cikgu Yassim, Cikgu Majid, Cikgu Habibah, Cikgu Rafidah, Cikgu Noraishah dan Cikgu Rosminah. Walaupun dalam kesederhanaan, majlis tetap meriah. Syabas kepada penghulu dan guru-guru di kuarters ini kerana menghidupkan suasana Syawal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan