LAMAN UTAMA

Rabu, 25 Ogos 2010

*KUIH MUIH HARI RAYA*

Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia khasnya di Malaysia akan menyambut Hari Raya.   Pelbagai persiapan dibuat untuk menyambut hari yang istimewa ini.  Ada yang membeli baju raya,  mengecat rumah dan tak kurang juga yang sibuk menyiapkan kuih muih untuk Hari Raya.

Apabila kita datang bertandang ke rumah jiran, sahabat atau kawan, pasti kuih raya akan menjadi hidangan. Kini pelbagai kuih raya moden dan lama menjadi "penghias" meja.  Namun adakah kita mengetahui nama-nama kuih raya ini?

Cuba namakan kuih-kuih raya berikut untuk menguji pengetahuan anda.
(Senarai jawapan ada disediakan di bawah.  Selamat mencuba.)



Bagaimana pula dengan kuih muih ini? Apakah namanya?



Sudah berjaya mendapat nama kuih muih tersebut?  Baiklah, sekarang namakan pula kuih muih yang ini.


Padankan jawapan berikut dengan nama kuih muih di atas.

tat nanas     kuih makmur     kuih cincin      kuih ros    kuih belah rotan      kuih siput   kuih koya   kuih semprit   kuih cornflakes      kuih  almond london     kuih  batang buruk    kuih gunting    rempeyek    kuih rokok     kuih sepit     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan