Ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Kemudian, marhaban dan bacaan selawat diadakan. Dalam majlis tersebut juga, para tetamu berpeluang untuk melihat cara bercukur dan tahnik yang dilakukan pada bayi yang baru lahir.
Pelbagai juadah disediakan termasuklah kuih muih dan daging kambing. Kira-kira jam 11.00 malam para tetamu berangkat pulang. Terima kasih kepada En. Zamani dan Pn. Fuziah atas kesudian menjemput warga SKMKJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan