Buku 1
Buku berjudul Doa Ibu ini dikarang oleh Talib Samat. Buku ini mengandungi 232 muka
surat. Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd menerbitkan buku ini pada tahun 2006. Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002545. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.
Sinopsis cerita : Buku ini menghimpunkan sejumlah besar cerpen-cerpen remaja yang memfokuskan pelbagai tema dan persoalan hidup insan remaja dan dewasa di Malaysia. Antara persoalan utama yang digarap oleh pengarang termasuklah persoalan pencemaran alam sekitar, keagamaan, kegigihan remaja miskin membangun cita-cita dan perjuangan membantu masyarakat.
Buku 2
Buku berjudul Kakakku Sayang ini dikarang oleh Hakimi Muhammad. Buku ini mengandungi 73 muka surat. Pustaka Ilham menerbitkan buku ini pada tahun 2006. Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002548 . Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.
Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang Kamal yang malas menolong kakaknya Asrina. Kerja-kerja rumah biasanya dilakukan oleh kakaknya. Suatu hari kakaknya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Kamal yang tinggal di rumah tidak tahu membuat sebarang kerja. Dia menyesal kerana tidak belajar dari kakaknya melakukan tugasan di rumah.
Buku 3
Buku berjudul Badai Semalam ini dikarang oleh seorang penulis tersohor iaitu Khadijah Hashim. Buku ini mengandungi 222 muka surat. K Publishing menerbitkan buku ini pada tahun 2000. Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 28074. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.
Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua insan iaitu Mazni dan Zaki. Mereka menempuh pelbagai cabaran, hujan dan badai dalam mencari nilai persahabatan. Mereka sanggup berkorban demi orang yang tersayang. Namun akhirnya Mazni meninggalkan Zaki untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang mahasiswa di Kuala Lumpur.
Buku 4
Buku berjudul Sayang Tak Berbelah Bagi ini dikarang oleh WS Uzala. Buku ini mengandungi 183 muka surat. Sama Publications menerbitkan buku ini pada tahun 2006. Buku ini terdapat di perpustakaan sekolah dengan bar kod 002547. Buku ini merupakan buku fiksyen Bahasa Melayu.
Sinopsis cerita : Buku ini mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku dalam sebuah keluarga Cina yang menguruskan kilang papan. Tauke Chew bersama anak-anaknya menguruskan kilang tersebut. Keluarga mereka dibantu oleh seorang pembantu rumah wanita bernama Nang Chian. Pada masa yang sama, Tauke Chew berusaha mencari kakak kandungnya yang terpisah sejak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan