LAMAN UTAMA

Sabtu, 15 Mei 2010

*KISAH LUCU*

Tidak ada jerung



Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique,
saya bertanya kepada seorang budak lelaki yang sedang asyik memancing
apakah ada jerung di sungai tersebut.
Budak itu menjawab: "Tidak!"
Kemudian saya dan teman saya terjun ke dalam sungai dan mula berenang tetapi
saya kurang percaya.    Maka setelah beberapa minit, saya kembali bertanya
untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.
Dia menjawab: "Tidak ada jerung kerana jerungnya takut dengan buaya yang ada
di sini!!!"



Taulah akibatnya 


Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi gerahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.
Sewaktu doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong jangan suntik, saya takut!".
Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk
diminum agar rasa takutnya berkurangan.
Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".
Lelaki menjawab... "Ya.. sekarang saya berasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan