Kementerian Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Kem Kelas Sukan Renang untuk murid-murid di Daerah Johor Bahru pada 22 dan 23 Mei 2010 di Kolam Renang Larkin, Johor Bahru. Sebanyak 5 buah sekolah telah mengambil bahagian:
1. SK Mohd Khir Johari
2. SK Sri Amar
3. SK Taman Suria
4. SK Foon Yew 1 & 2
Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Pihak sekolah telah menghantar murid-murid yang berminat ke kem ini. Beberapa orang murid sekolah ini telah memenangi hadiah dalam Kem Kelas Sukan Renang yang diadakan:
1. Sharifah Yasmin Amirah 5 Arif (ke-2 acara renang 40m dan ke-3 acara renang 20m)
2. Vina Nur Fateha 5 Dinamik (ke-3 acara renang 40m dan ke-4 acara renang 20m)
3. Mohd Fakrul Aiman 5 Bestari (ke-2 acara 40m)
4. Mohd Ashraf Aiman 6 Arif (ke-3 acara 40m)
5. Mohd Fadly 5 Bestari (ke-4 acara 20m dan 40m)
6. Mohd Al Ayubbi 5 Arif (ke-3 acara 40m)
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor iaitu En. Mohd Ghani b.
Mohd Yusof. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan