Pada hari Isnin, 19 April 2010 Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah menjalankan "spot check" terhadap murid-murid sesi pagi. Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang berkumpul di dalam dewan diperiksa oleh guru-guru sesi pagi selepas perhimpunan.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah :
1. Membawa pensel "shaker".
2. Membawa telefon bimbit.
3. Membawa barang permainan.
4. Membawa gelang emas.
5. Membawa rantai emas.
6. Membawa komik.
7. Memakai stoking belang.
8. Berkuku panjang.
9. Berambut panjang.
(Murid-murid tidak digalakkan membawa wang melebihi RM5 tanpa sebarang sebab).
Barang-barang yang dirampas tidak dipulangkan melainkan telefon bimbit, barang kemas atau barang berharga yang lain. Murid-murid yang melakukan kesalahan diberi amaran agar tidak mengulangi salah laku tersebut. Kerjasama ibu bapa diperlukan agar sentiasa mengingatkan anak-anak mereka agar mematuhi peraturan sekolah.
Saya Sokong dengan usaha yg di lakukan oleh guru2 SKMKJ....terima kasih!!
BalasPadam