LAMAN UTAMA

Sabtu, 27 Februari 2010

*LAWATAN KPM -UNIT SUMBER MANUSIA*

Pada hari Khamis, 25 Februari 2010, seramai 3 orang pegawai dari Unit Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan lawatan ke SK Mohd Khir Johari. Mereka tiba di sekolah sekitar jam 10.00 pagi.

Tujuan lawatan mereka ini adalah untuk menyemak fail meja dan data 2009.  Lima fail meja yang telah disemak ialah:
1. Fail meja Guru Besar
2. Fail meja GPK Kurikulum
3. Fail meja Guru Data
4. Fail meja S/U Peperiksaan
5. Fail meja Guru Kaunseling

Beberapa buah fail pentadbiran juga telah disemak.  Selepas membuat semakan, didapati tiada masalah yang ketara.   Malah mereka juga gembira dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan