Ibu bapa murid-murid Tahun 6 pula bimbang dengan "Ujian Pencapaian Sekolah Rendah" ( UPSR ). Sistem pendidikan yang berfokus kepada peperiksaan ini sedikit sebanyak membebankan ibu bapa dan juga guru-guru di sekolah. Namun tanpa sebarang peperiksaan, sukar untuk menguji pencapaian akademik murid-murid.
Paling menyedihkan sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak menyertai sebarang aktiviti pertandingan mewakili sekolah dengan alasan anak-anak mereka akan tercicir dalam pelajaran. Ada juga yang melarang anak mereka menjadi pengawas sekolah dengan alasan yang sama. Terserahlah kepada ibu bapa untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Jangan nanti sekolah juga dipersalahkan.
Kepada ibu bapa yang mahukan kelas tambahan untuk anak-anak mereka, pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan program berikut sebagai alternatif kepada Kelas Tuisyen di luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan