Upacara pembukaan majlis pelancaran itu ialah tarian "Chicken Dance" oleh beberapa orang murid lelaki dari tahun 5 Dinamik.
Selepas Guru Besar menyampaikan ucapan, 2 orang "James Bond" menemui beliau. Mereka membawa sebuah beg rahsia. Di dalamnya terdapat huruf "M". Kemudian Guru Besar menampal huruf M = Matematik untuk dilekatkan di "backdrobe". Murid-murid memberi tepukan gemuruh pada kejutan yang dibuat. Acara diteruskan lagi dengan persembahan 10 budak hitam. Murid-murid celoreng hitam itu beraksi mengikut lagu yang diputarkan. Melucukan.
Setelah puas menari dan beraksi, beberapa orang murid membawa sepanduk yang memaparkan tentang aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Matematik. Murid-murid boleh mengambil bahagian dalam acara berikut:
1. Teka berat barang
2. Teka harga barang
3. Teka bilangan barang
4. Kuiz Matematik
5. Permainan stesen
6. Bijak Sifir
Rebutlah hadiah yang ditawarkan dengan menyertai aktiviti yang telah dirancang. Bijak sifir bijak matematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan